Friday, July 30, 2010

Taare Zameen Par: DYSLEXIA mungkin anak anda mangsanya..






Perhatikan dua situasi ini:


Situasi 1: 

Guru 1: Anak encik ni memang nakal, tak pernah bagi tumpuan dalam kelas. Menulis pun tidak betul, apa lagi nak membaca lagi la tidak. Sudah beberapa tahun dia di tahun yang sama, sedangkan kawan- kawan yang seumur dengannya sudah maju ke kelas depan. Saya rasa encik perlu hantarkan anak encik ni ke sekolah khas.

Bapa : Bapa anak itu hanya diam tapi dalam hatinya berkata..."Cikgu ini teruk! Sanggup dia melabelkan anak saya tidak normal.."


Situasi 2: Masih bapa dan anak yang sama, tetapi di sebuah sekolah yang lain...

Guru 2: Encik sedarkah anak encik bukannya bodoh, cuma dia tidak dapat membezakan sesetengah huruf sahaja. Dia mungkin punya sedikit masalah pada motor otaknya untuk berfungsi dengan baik.

Bapa : Dia memang malas belajar cikgu. Jangan cikgu nak kata anak saya tak normal pulak.

Guru 2: Cubalah encik faham, saya bukan kata anak encik tu tidak normal. Saya lihat dia punya kelebihan yang lebih hebat dari kita orang dewasa cuma dia perlukan lebih perhatian dan cara yang khas untuk mengajar dia. Bukan salahnya untuk menjadi anak yang menghidap dyslexia...

Bapa : Dyslexia???


Dyslexia adalah satu masalah kesulitan belajar khusus. Dyslexia mempengaruhi kemampuan seseorang untuk belajar,mengolah, dan mengerti suati informasi dengan baik. Secara khusus, hal ini menyebabkan masalah dalam membaca dan menulis kerana seseorang dengan masalah dyslexia mempunyai kesulitan mengenali dan mengartikan suatu kata, mengerti isi suatu bacaan, dan mengenali bunyi. Tentunya ini menghambat kemampuan seorang anak untuk belajar membaca,bahkan jika anak mempunyai intelegensia normal atau instruksi yang jelas. Dyslexia mempengaruhi 15-20% dari populasi dan terjadi pada lelaki dua kali lebih banyak dari perempuan. [selanjutnya tentang dyslexia...]


Ok. Sekarang cuba anda baca dan teliti balik dua situasi di atas. Apa yang korang faham dan jumpa? Apa yang dayun cuba nak terangkan kat sini ialah perbezaan sikap dua guru tersebut dan sikap ayah anak tersebut.  Situasi satu menunjukkan guru tersebut lebih banyak mencari kesalahan anak tersebut daripada mencari punca kenapa anak tu bersikap demikian. Mungkin anda akan kata kita tak boleh salahkan cikgu juga sebab mungkin dia tak tahu pasal penyakit dyslexia. Tapi pada pandangan dayun, guru itu sendiri perlu cakna tentang permasalahan tu. Seorang guru bukan saja bertindak mengajar silibus yang telah disusun, tapi juga berperanan menjadi ibu atau bapa pada pelajarnya.Banyak masa pelajar dihabiskan dengan guru-guru di sekolah.Guru-guru merupakan mata dan telinga ibu bapa.

Berbeza dalam situasi kedua, guru tersebut cuba memahami masalah anak tersebut. Dia tidak cepat melatah dengan sikap pelajar tersebut. Mungkin guru tersebut pernah ada pengalaman mengajar penyakit dyslexia. Mungkin juga guru tersebut telah mencari punca pelajarnya bersikap demikian. Keprihatinannya terhadap masalah yang dihidapi anak itu membuatkan dia berusaha untuk menyedarkan bapanya tentang masalah yang dihadapi anaknya. Berapa banyak guru sebegini yang kita dapat lihat pada hari ni???

Bapa. Watak bapa dalam kedua-dua situasi saya lihat tidak prihatin, betul-betul peduli dengan masalah anaknya. Sepatutnya, seorang bapa tak boleh asyik mencari kesalahan dan kekurangan anaknya sahaja, tetapi perlu slow-talk dengan anak-anak. Apabila diberitahu oleh guru 1 anaknya tidak normal, si bapa seharusnya tidak cepat melatah tetapi cuba bersikap positif. Apa salahnya kalau si bapa membawa anaknya bertemu dengan pakar,mungkin dari situ dia dapat tahu anaknya merupakan pesakit dyslexia. Dalam masa yang sama dia dapat buktikan bahawa anaknya bukannya abnormal. Anak-anak yang menghidap dyslexia sebenarnya memerlukan lebih perhatian dari orang yang terdekat dengannya. Kalau ibu bapa sendiri tidak ambil peduli masa depan anak itu mungkin akan musanah.

( فَإِن كَرِهۡتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَيَجۡعَلَ ٱللَّهُ فِيهِ خَيۡرً۬ا ڪَثِيرً۬ا (١٩










Panjang dayun membebel kan. Semalam dayun tengok filem, ni Taare Zameen Par, cerita tentang seorang kanak-kanak yang menghidap dyslexia.ah pernah tengok cerita ni. Mungkin ada yang da tebgok filem ni. Overall cerita ni sesuai untuk tontonan semua lapisan umur terutama ibu bapa. Dayun tengok sampai nangis-nangis. Biasala cerita hindi..huhu, layan!


p/s: tertarik dengan cerita orang asli di pulau salomon yang diceritakan dalam filem ni...


3 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

Ustazah, bila nak blanja makan ni?

da[Y]un said...

lapar2...orang yang da kerja la yng belanja.huhu:)

QZ / KZT said...

salam...hurm..menarik gak..da lama tak ngaji istilah2 pelik ni...

untuk entri ni lebih kepada masalah dari bapa yang hukum terus anak..

bagaimana lak kalo pensyarah hukum je pelajar, sedangkan mereka sepatutnya membantu pelajar itu?

bagaimana lak kalo kawan duk hukum je kawan lain, tetapi mereka tak turun padang untuk melihat kesusahan membernya sendiri?

renung2kan..hehe

wassalam